Mohd Nizom dilantik CEO LHDNM

Kuala Lumpur: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melantik Datuk Mohd Nizom Sairi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM yang baharu berkuat kuasa esok.

LHDN dalam kenyataan hari ini, berkata Mohd Nizom yang sebelum ini Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDNM, dilantik menjawat jawatan itu bagi menggantikan Datuk Seri Sabin Samitah.

Untuk rekod, LHDN memaklumkan kontrak perkhidmatan Sabin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dipendekkan, berkuat kuasa esok.

Menurutnya, LHDNM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sabin atas sumbangan bakti selama beliau berkhidmat.

“LHDNM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Mohd Nizom atas pelantikan ini.

“Dengan pengalaman luas Mohd Nizom, sudah pasti akan membolehkan LHDNM mencapai visi untuk menjadi Pentadbir Cukai Terunggul selari dengan aspirasi membina sebuah Keluarga Malaysia yang terangkum,” katanya.

Disiarkan pada: Oktober 18, 2021 @ 9:28pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *