GRANT3

Geran SME merupakan bantuan kewangan yang diberikan kerajaan kepada usahawan Kecil dan Sederhana untuk membeli sistem perakaunan. Bantuan yang diberikan adalah sebanyak 50% dari jumlah harga sistem berkenaan. Jumlah maksima pula sebanyak RM 5000.


Perkara ini adalah sebagaimana pengumuman oleh YB Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2020.
sme-def_BM

Siapa yang layak memohon?


Semua usahawan dalam kategori Mikro, Kecil dan Sederhana. Yang mana jualan tahunan tidak melebihi RM50juta bagi sektor pembuatan (pengilangan) dan RM20juta bagi sektor perkhidmatan dan lain-lain sektor.

Bagaimana Proses Memohon Geran?


Buat Pembelian sistem dan bayaran bagi sistem yang dikehendaki dan diluluskan untuk permohonan geran.


Proses permohonan Geran akan dibuat terus oleh pihak pembekal sistem apabila pembelian telah dibuat.

Modul sistem yang layak


1. Perakaunan dan Bil
2. Stok
3. Sistem POS
4. Sistem Payroll
5. Lain-lain modul yang berkaitan dengan perkara 1 hingga 4 di atas.